Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu
tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di
hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan
air mata, itu bukan bermakna dia lemah, t
...etapi
dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki
itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia
tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia
sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan
yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin
bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak
pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan
bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki
tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan
bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu
menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan
anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan
anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh
perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda
akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat
kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki
tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia
bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi
cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak
bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri
cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa
tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan
sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata
lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana
dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup
menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang
terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun
perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi
di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan
menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu
melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan
terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia
tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu
menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar
menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu
emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif
dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah
menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi
dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal
menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun
zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi
lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup
anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia
juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih
sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga
ibu yang terbaik untuk anak2
Oleh : eiyra ahmad
Aku cume copy je.Nak kongsi-kongsi cite dgn kuorang :) Hope your happy
No comments:
Post a Comment